PENGEDAR SHAKLEE

Friday 14 October 2016

Jaundice/Penyakit Kuning Bayi Baru Lahir

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat pengunjung blog saya. So sedikit perkongsian saya dengan pembaca semua kali ini adalah berkenaan dengan jaundice atau lebih dikenali sebagai demam kuning.

Sejak baby saya kena admit ni, macam-macam pulak penyakit datang. Pada awalnya, admit disebabkan demam, tapi selepas demam dah takde tiba-tiba pulak bacaan kuning bertambah. Terpaksa duduk dibawah lampu fototerapi la sekarang...Betapa susahnya nak pastikan baby stay selama 2 jam kat dalam ni. Namun, saya kena kuat semangat. Cuba lakukan yang terbaik dan banyakkan bersabar untuk pastikan esok bacaan kuning ini akan berkurang.

Penyakit kuning atau jaundice ini sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundice. Warna kuning pada kulit, mata putih serta tisu mukosa pada mulut bayi adalah disebabkan oleh tahap bahan yang dipanggil 'bilirubin' lebih tinggi daripada biasa. Bilirubin ini adalah bahan yang terdapat didalam sel darah merah manusia. Kandungan bilirubin yang tinggi boleh disebabkan oleh 'pemecahan' sel darah merah yang membebaskan bilirubin.

Kebiasaannya, bayi akan menjadi kuning ketika berumur 2 atau 3 hari selepas dilahirkan. Jadi, ibu perlu memantau keadaan bayi sepanjang masa dan pastikan bayi sentiasa dikejutkan setiap 1 jam untuk diberi susu badan. Jika bayi sentiasa menyusu dengan kerap dan sentiasa berak, InshaaAllah tahap kuning akan terkawal. 

Jadi, sekiranya ibu mendapati tahap kuning bayi semakin meningkat, tindakan yang perlu diambil adalah kerapkan penyusuan bayi tersebut. Jika masih meningkat, klinik kesihatan akan rujuk kes tersebut kehospital berdekatan dan rawatan selanjutnya akan diberikan. Kebiasaannya bayi akan diletakkan  dibawah lampu fototerapi dan dimonitor sepanjang masa. Jika keadaan makin teruk, barulah pemindahan darah akan dilakukan bagi memastikan bayi dapat dirawat. Ini kerana kesan jika tahap kuning ini tidak dikawal akan menyebabkan kerosakan otak iaitu berlaku sawan ataupun demam.

Diharap perkongsian kali ini dapat memberi maklumat yang berguna buat pembaca diluar sana. 

Ingin dapatkan sebarang produk Shaklee anda boleh hubungi saya melalui :

Sms/whatsap: 013-252 1753
Nor Azura Abdul Rahman
Shaklee ID 927507
PENGEDAR SHAKLEE RAWANG
PENGEDAR SHAKLEE MACHANG

No comments:

Post a Comment