PENGEDAR SHAKLEE

Thursday 13 October 2016

Demam Bayi Baru Lahir

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum dan selamat berkongsi pengalaman buat sahabat yang mengunjungi blog saya. Alhamdulillah, harini masuk hari ke 4 saya berpantang anak ke 4. Dan ini merupakan pengalaman pertama saya, baby admit hospital disebabkan demam. Sebelum ni, anak yang lain tak pernah pula ada yang demam. Namun, saya redha dan ambil peluang ini untuk betul2 habiskan masa dengan baby baru ni... Ada hikmah setiap kejadian, jangan sesekali mengeluh, dan sentiasa fikir positif untuk setiap ujian yang ALLAH berikan.


Sejak admit dihospital ni, saya sentiasa memanfaatkan masa yang ada untuk mendapatkan info yang boleh dijadikan panduan bagi menghilangkan kerisauan terhadap baby. Doktor telah mengarahkan supaya bayi diberikan antibiotik dan perlu dihabiskan selama 3 atau 5 hari. Rasa risau juga bila difikirkan baru 3 hari lahir, sudah dimasukkan antibiotik didalam badan... 

Tapi, alhamdulillah, selepas doktor melihat rekod bacaan suhu baby, hanya sekali sahaja bacaan tinggi iaitu semasa diklinik kesihatan, mencecah 38˚c. Namun, sejak dimasukkan kehospital Machang, bacaan suhu badannya adalah normal. Tiada lagi tanda2 demam.. Mungkin juga disebabkan cuaca yang panas semasa ke klinik kesihatan dan juga baby masa tu saya memang pakaikan baju, balut perut dan juga berselimut. Ini mungkin faktor2 yang menaikkan suhu badan baby. Tapi, nasi sudah jadi bubur, redha sahaja sebab once dah admit, memang baby perlu dimonitor at least 48 jam di hospital. 

Dan, yang paling saya bersyukur dos antibiotik terus di STOPKAN oleh doktor kerana suhu badannya tiada tanda-tanda demam sejak dimasukkan kehospital. Cuma, sepanjang saya menggugel info berkenaan bayi yang demam ini, banyak penulisan daripada yang arif mengatakan bahawa demam bayi yang perlu lahir perlu diambil serius terutama kurang dari 1 bulan. Jika Suhu badan lebih daripada 38˚c segera bawa berjumpa doktor. 

Setiap ibu juga perlu tahu bahawa demam boleh berlaku pada bayi yang baru lahir tanpa sebarang infeksi. Suhu badan bayi yang baru lahir juga boleh naik semata-mata disebabkan cuaca panas di dalam bilik yang panas ataupun kerana memakai pakaian yang tebal. Jika suhu badan masih belum turun selepas beberapa jam anda cuba turunkannya, perlu segera bawa bayi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lebih terperinci.

Buat masa ni, ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan pembaca diluar sana. Dan, saat berpantang seperti ini merupakan saat yang memerlukan ibu sentiasa sihat dan bertenaga.  Alhamdulillah, walaupun baby dihospital dan saya masih berpantang, saya rasa badan sihat dan masih mengamalkan set berpantang shaklee. 


Ini merupakan set berpantang yang diamalkan saya sejak lahirnya anak yang ke 2 sehingga sekarang. Kesannya sangat memuaskan hati saya kerana badan rasa lebih sihat dan bertenaga walaupun beberapa hari sahaja saya baru melahirkan.

Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih dan ingin mencuba set berpantang yang lebih bagus, saya syorkan anda mencuba VIVIX, yang lebih dikenali sebagai tonik ajaib. Banyak testimoni dari kawan-kawan yang majoriti memuji dan sangat berpuashati selepas mengambil vivix ni. Boleh rujuk testimoni di bawah untuk lebih meyakinkan semua akan keberkesanan VIVIX ni.


Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, memang saya syorkan anda mencuba VIVIX semasa berpantang. InshaaAllah anda akan berpuashati. Terutamanya bagi ibu yang mengandung secara ceaser. VIVIX bertindak bermula dari sel-sel badan sangat membantu dalam mengeluarkan darah kotor yang tersisa selepas bersalin.

Untuk dapatkan produk SHAKLEE boleh hubungi saya atau mendaftar sebagai ahli untuk mendapat harga yang sangat menjimatkan.

Sms/WhatsApp :013-252 1753
Pengedar shaklee Rawang
Nor Azura Abdul Rahman SID 927507
Saya Guna, Saya Jual, Saya Kongsi Pengalaman

No comments:

Post a Comment