PENGEDAR SHAKLEE

Friday 14 October 2016

Jaundice/Penyakit Kuning Bayi Baru Lahir

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat pengunjung blog saya. So sedikit perkongsian saya dengan pembaca semua kali ini adalah berkenaan dengan jaundice atau lebih dikenali sebagai demam kuning.

Sejak baby saya kena admit ni, macam-macam pulak penyakit datang. Pada awalnya, admit disebabkan demam, tapi selepas demam dah takde tiba-tiba pulak bacaan kuning bertambah. Terpaksa duduk dibawah lampu fototerapi la sekarang...Betapa susahnya nak pastikan baby stay selama 2 jam kat dalam ni. Namun, saya kena kuat semangat. Cuba lakukan yang terbaik dan banyakkan bersabar untuk pastikan esok bacaan kuning ini akan berkurang.

Penyakit kuning atau jaundice ini sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundice. Warna kuning pada kulit, mata putih serta tisu mukosa pada mulut bayi adalah disebabkan oleh tahap bahan yang dipanggil 'bilirubin' lebih tinggi daripada biasa. Bilirubin ini adalah bahan yang terdapat didalam sel darah merah manusia. Kandungan bilirubin yang tinggi boleh disebabkan oleh 'pemecahan' sel darah merah yang membebaskan bilirubin.

Kebiasaannya, bayi akan menjadi kuning ketika berumur 2 atau 3 hari selepas dilahirkan. Jadi, ibu perlu memantau keadaan bayi sepanjang masa dan pastikan bayi sentiasa dikejutkan setiap 1 jam untuk diberi susu badan. Jika bayi sentiasa menyusu dengan kerap dan sentiasa berak, InshaaAllah tahap kuning akan terkawal. 

Jadi, sekiranya ibu mendapati tahap kuning bayi semakin meningkat, tindakan yang perlu diambil adalah kerapkan penyusuan bayi tersebut. Jika masih meningkat, klinik kesihatan akan rujuk kes tersebut kehospital berdekatan dan rawatan selanjutnya akan diberikan. Kebiasaannya bayi akan diletakkan  dibawah lampu fototerapi dan dimonitor sepanjang masa. Jika keadaan makin teruk, barulah pemindahan darah akan dilakukan bagi memastikan bayi dapat dirawat. Ini kerana kesan jika tahap kuning ini tidak dikawal akan menyebabkan kerosakan otak iaitu berlaku sawan ataupun demam.

Diharap perkongsian kali ini dapat memberi maklumat yang berguna buat pembaca diluar sana. 

Ingin dapatkan sebarang produk Shaklee anda boleh hubungi saya melalui :

Sms/whatsap: 013-252 1753
Nor Azura Abdul Rahman
Shaklee ID 927507
PENGEDAR SHAKLEE RAWANG
PENGEDAR SHAKLEE MACHANG

Bertenaga Semasa Berpantang Dengan VIVIX

Bismillahirrahmanirrahim..
Semoga perkongsian dibawah bermanfaat buat ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama. Jangan pernah rasa sedih bila kita ditimpa sakit. Setiap sakit pasti ada ubatnya. Sentiasa berdoa pada ALLAH semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga pengunjung blog saya sentiasa murahkan rezeki dan diberi nikmat sihat selalu.

Jemput baca testimoni dibawah, dan jika berminat untuk mencuba VIVIX boleh hubungi saya ye.

Sms/whatsap: 013-252 1753
Pengedar Shaklee Rawang
Pengedar Shaklee Machang
Nor Azura Abdul Rahman
Shaklee ID 927507

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 6: DR. NADIA ABDUL KADIR


[RADANG APPENDIKS SEMBUH & BERTENAGA SEMASA BERPANTANG]
.

Hi, Assalamualaikum.. Saya Dr. Nadia Abdul Kadir, berumur 34 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah saya menghidap radang appendiks semasa hamil.
.

Semasa mengandungkan Baby A'isya (anak ke 4) saya 7 bulan lepas, saya mengalami 2 episod sakit pada bahagian kanan perut.
Kali pertama dalam 32 minggu dan saya disahkan menghadapi Acute Appendicitis (keradangan pada appendik).
.

Disebabkan kandungan masih awal dan pembedahan membuang appendiks adalah berisiko kepada baby, saya membuat keputusan untuk hanya mengambil antibiotiks (setelah berbincang dengan suami saya, Dr Shazly yang merupakan seorang pakar bedah).
.

Pada masa yang sama, saya meneruskan pengambilan SET HAMIL SHAKLEE dan juga NUTRIFERON. Alhamdulillah, sakit beransur hilang selepas 2 hari. Namun, pada kandungan berusia 36 minggu, saya sekali lagi diserang sakit perut yang sama seperti sebelum ini.
.

Kali ini sangat sakit sampai saya terpaksa dimasukkan ke wad. Sekali lagi saya didiagnos sebagai Recurrent Appendicitis (Keradangan Appendiks yang berulang). Di wad saya diberi intravenous antibiotiks. Sekali lagi saya dan suami di dalam dilema untuk meneruskan pembedahan membuat appendiks atau tidak. Ini kerana, lagi 2 minggu saya dijadualkan untuk elektif cser (saya dah cser 3 kali).
.

Kami membuat keputusan untuk tunggu dan lihat. Sekiranya sakit berlarutan, saya akan menjalani pembedahan. Alhamdulillah, setelah 2-3 hari, sakit beransur hilang dan doktor pakar membuat keputusan untuk membuang appendiks semasa cser. Pada 38 minggu, setelah pakar O+G mengeluarkan Baby A'isya, suami saya sendiri mengambil alih untuk mengeluarkan appendiks saya pula! Orang kata, sakit selepas cser + appendicectomy (pembedahan membuang appendiks) adalah lagi sakit berbanding cser sahaja. Ini kerana trauma pada tisu itu lagi banyak.
.

Bimbang akan perkara ini, saya dah standby VIVIX awal-awal. Sebaik sahaja dibenarkan minum oleh jururawat, saya terus amik 1 SUDU BESAR VIVIX. Alhamdulillah dengan izinNya, petang sebelum maghrib saya dah boleh bangun sendiri dan berjalan ke tandas untuk mandi.
.

Malamnya pula saya boleh menjaga Baby A'isya sendirian (suami tidak dibenarkan menemani saya di wad). Setiap hari saya meneruskan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE bersama VIVIX dan NUTRIFERON. Dan pada hari ke 5, saya diceramah oleh jururawat di klinik (diorang sayang saya sebenarnya..hihi..) kerana memandu ke klinik untuk cek jaundice. (Suami di dalam dewan bedah dan tidak dapat keluar hantar kami ke klinik).
.

Apapun, pengalaman berpantang kali ini sangat berbeza berbanding 3 kali cser sebelum ini. SAKIT PADA BAHAGIAN CSER SANGAT MINIMAL, LUKA SANGAT CEPAT SEMBUH & SAYA SANGAT BERTENAGA. Saya dah alaminya sendiri, anda bila lagi?

#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse

Luka Bersalin Czer Cepat Sembuh Dengan VIVIX

Bismillahirrahmanirahim...
Alhamdulillah, seronok baca perkongsian berkenaan luka bersalin sembuh dengan cepat selepas mengambil VIVIX.
Jika ada yang ingin mencuba VIVIX boleh hubungi saya ye!

Sms/Whatsap: 013-252 1753
NorAzura Abdul Rahman
Shaklee ID 927507

Jemput baca kisah berpantang dibawah. Memang tak rugi jika kita mencuba vivix ni.


OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 15: NURUL AZIYANA
.

[LUKA CZER SEMBUH DENGAN CEPAT SELEPAS AMALKAN VIVIX]
.

Assalamualaikum saya Nurul Aziyana, pengguna Shaklee sudah hampIr 4 tahun. Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan.
.

Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech.
.

Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu. Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bila makan satu muka akan jadi bengkak sampai tak boleh nak bukak mata.
.

Saya hanya mampu makan panadol. Tapi itupun akan buat jadi bengkak juga cuma tak seteruk bila makan antibiotic. Kalau demam biasa or sakit kepala ok la kan dengan panadol. Tapi kalau czer tak cukup hanya dengan panadol.
.

Minggu pertama sangat hazab. Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris sampai saya tak mampu nak bergerak. Nak ke toilet yang sekangkang kera pun terpaksa berenti 2 kali dan ambil masa yang lama sampai menangis.
.

Nak bangun, nak duduk sangat lah menyeksakan. Ditambah pula anak jaundis masa tu dan ulang alik klinik untuk injection selepas bersalin. Syukur juga kat rumah ni memang ada wheelchair.
.

Disebabkan tak boleh makan ubat tahan sakit dan antibiotik, jadi saya bertahan dengan vitamin Shaklee. Sejak hari pertama saya ambil ZINK COMPLEX dan VITAMIN C (untuk cepat baik luka) , GARLIC COMPLEX untuk ganti ubat antibiotik, VITALEA , BCOMPLEX untuk tenaga, OSTEMATRIX untuk elak sembelit (memang tak sembelit sepanjang berpantang), LECITHIN untuk bengkak susu.
.

Namun begitu, megadose zink complex n vitamin C tak mampu untuk meringankan sakit saya. Yelah, ini vitamin bukan ubat..dan vitamin pulak adalah vitamin semulajadi kesannya bukan segera macam ubat. Mungkin tak cukup untuk tahan sakit dari major operation ni. Satu je yang saya belum cuba waktu tu dan saya menyesal sebab tak ambil dari hari pertama lagi iaitu VIVIX.
.

Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memnag rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin.Sangat menyesal.
.

Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah denganVivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang.
.

Seksa tau nak pegang baby yang berat tu kalau sakit. Banyak pergerakan akan terbatas.Tapi nak tak nak kena bergerak juga walau sakit macam mana pun.

Saya juga syiorkan pada kawan yang juga bersalin secara czer.
Untill now, saya masih consume Vivix ni sebab banyak sangat kelebihannya. saya tau saya masih memerlukan Vivix untuk luka dalaman dan yang penting untuk kecantikan juga. Vivix baiki sel-sel dalaman. Bila sel cantik, fungsi badan pun cantik. Sebab tu luka pun cepat baik sebab Vivix bertindak terhadap sel.
.

Jadi saya amat sarankan Vivix untuk mereka yang bersalin secara Czer..dan Vivix ni boleh juga untuk mereka yang menjalani apa-apa pembedahan untuk memastikan luka cepat baik. Baik juga untuk pudarkan parut akibat jahitan semasa pembedahan. Terbaik sungguh!

#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse

Thursday 13 October 2016

Demam Bayi Baru Lahir

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum dan selamat berkongsi pengalaman buat sahabat yang mengunjungi blog saya. Alhamdulillah, harini masuk hari ke 4 saya berpantang anak ke 4. Dan ini merupakan pengalaman pertama saya, baby admit hospital disebabkan demam. Sebelum ni, anak yang lain tak pernah pula ada yang demam. Namun, saya redha dan ambil peluang ini untuk betul2 habiskan masa dengan baby baru ni... Ada hikmah setiap kejadian, jangan sesekali mengeluh, dan sentiasa fikir positif untuk setiap ujian yang ALLAH berikan.


Sejak admit dihospital ni, saya sentiasa memanfaatkan masa yang ada untuk mendapatkan info yang boleh dijadikan panduan bagi menghilangkan kerisauan terhadap baby. Doktor telah mengarahkan supaya bayi diberikan antibiotik dan perlu dihabiskan selama 3 atau 5 hari. Rasa risau juga bila difikirkan baru 3 hari lahir, sudah dimasukkan antibiotik didalam badan... 

Tapi, alhamdulillah, selepas doktor melihat rekod bacaan suhu baby, hanya sekali sahaja bacaan tinggi iaitu semasa diklinik kesihatan, mencecah 38˚c. Namun, sejak dimasukkan kehospital Machang, bacaan suhu badannya adalah normal. Tiada lagi tanda2 demam.. Mungkin juga disebabkan cuaca yang panas semasa ke klinik kesihatan dan juga baby masa tu saya memang pakaikan baju, balut perut dan juga berselimut. Ini mungkin faktor2 yang menaikkan suhu badan baby. Tapi, nasi sudah jadi bubur, redha sahaja sebab once dah admit, memang baby perlu dimonitor at least 48 jam di hospital. 

Dan, yang paling saya bersyukur dos antibiotik terus di STOPKAN oleh doktor kerana suhu badannya tiada tanda-tanda demam sejak dimasukkan kehospital. Cuma, sepanjang saya menggugel info berkenaan bayi yang demam ini, banyak penulisan daripada yang arif mengatakan bahawa demam bayi yang perlu lahir perlu diambil serius terutama kurang dari 1 bulan. Jika Suhu badan lebih daripada 38˚c segera bawa berjumpa doktor. 

Setiap ibu juga perlu tahu bahawa demam boleh berlaku pada bayi yang baru lahir tanpa sebarang infeksi. Suhu badan bayi yang baru lahir juga boleh naik semata-mata disebabkan cuaca panas di dalam bilik yang panas ataupun kerana memakai pakaian yang tebal. Jika suhu badan masih belum turun selepas beberapa jam anda cuba turunkannya, perlu segera bawa bayi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lebih terperinci.

Buat masa ni, ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan pembaca diluar sana. Dan, saat berpantang seperti ini merupakan saat yang memerlukan ibu sentiasa sihat dan bertenaga.  Alhamdulillah, walaupun baby dihospital dan saya masih berpantang, saya rasa badan sihat dan masih mengamalkan set berpantang shaklee. 


Ini merupakan set berpantang yang diamalkan saya sejak lahirnya anak yang ke 2 sehingga sekarang. Kesannya sangat memuaskan hati saya kerana badan rasa lebih sihat dan bertenaga walaupun beberapa hari sahaja saya baru melahirkan.

Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih dan ingin mencuba set berpantang yang lebih bagus, saya syorkan anda mencuba VIVIX, yang lebih dikenali sebagai tonik ajaib. Banyak testimoni dari kawan-kawan yang majoriti memuji dan sangat berpuashati selepas mengambil vivix ni. Boleh rujuk testimoni di bawah untuk lebih meyakinkan semua akan keberkesanan VIVIX ni.


Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, memang saya syorkan anda mencuba VIVIX semasa berpantang. InshaaAllah anda akan berpuashati. Terutamanya bagi ibu yang mengandung secara ceaser. VIVIX bertindak bermula dari sel-sel badan sangat membantu dalam mengeluarkan darah kotor yang tersisa selepas bersalin.

Untuk dapatkan produk SHAKLEE boleh hubungi saya atau mendaftar sebagai ahli untuk mendapat harga yang sangat menjimatkan.

Sms/WhatsApp :013-252 1753
Pengedar shaklee Rawang
Nor Azura Abdul Rahman SID 927507
Saya Guna, Saya Jual, Saya Kongsi Pengalaman