PENGEDAR SHAKLEE

Tuesday 7 October 2014

Jelesnye Suami Bila Saya JATUH CINTA Sekali Lagi??/

Assalamualaikum...
Selamat datang, semoga pembaca blog saya sentiasa dimurahkan rezki dan dan diberi nikmat kesihatan untuk terus beribadat kepadaNya..

Jom baca coretan hati kisah cinta saya.
Awal mengenali Encik Suami pada bulan Ogos 2006, dan saat ini langsung tidak pernah menyangka dia adalah jodoh yang Allah tetapkan untuk saya. Maklumla, cinta satu tempat kerja katakan. Dari gurauan dan selalu keluar bersama kawan2 ofis, akhirnya cinta kami berputik tanpa kami sedari. Inilah yang dinamakan cinta. Pada awalnya hanya sebagai kawan, namun akhirnya kekerapan menghabiskan masa bersama-sama membuahkan bibit kasih sayang dan akhirnya selepas 4 tahun berkawan pada 4 Jun 2010 kami berdua selamat diijabkabulkan.


Sekarang usia perkahwinan kami genap 4 tahun 4 bulan, dan alhamdulillah sudah memiliki sepasang cahaya mata yang sangat bermakna buat kami. Dan tak lama lagi, inshaa Allah dlm bulan ini saya bakal melahirkan seorang lagi zuriat untuk menyerikan dan memeriahkan lagi kehidupan kami. Semoga kami sekeluarga akan kekal bahagia dan dapat mendidik amanah Allah ini menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Kenapa saya katakan suami Jealous bila saya Jatuh CINTA sekali lagi??
You all setuju tak jika saya katakan bila kita ada bersama suami tapi fikiran kita asyik melayang ketempat lain dan tersenyum sorang2 sambil mengadap handphone sehingga menyebabkan suami mula berasa tidak selesa?? Mengadap facebook dan whatsap sehingga kadang2 membuatkan ada insan yang berkecil hati?? Inilah penangan diawal saya JATUH CINTA dengan SHAKLEE!!!

Saya mula mengenali Shaklee ini pada hujung 2012 semasa tgh mengalami masalah HB low ketika mengandung anak yang kedua iaitu Muhammad Aqil Rafiuddin. Mungkin juga disebabkan jarak kehamilan yang dekat antara Aqil dan Icha menyebabkan badan saya pada masa itu tidak dapat pulih sepenuhnya dan menyebabkan masalah ini. So, atas cadangan dari sahabat baik saya Maisarah yang memperkenalkan Vitalea Iron Formula ini akhirnya telah membantu saya menaikkan HB darah sehinggalah disaat hujung2 kehamilan... Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana ditemukan dengan Shaklee..

Dan bermula dari sini, saya terus membeli set berpantang Shaklee ini dari kawan baik saya, dan akhirnya pada April 2013 saya mula mendaftar sebagai SID SHAKLEE. Bermula dengan hanya beli untuk diri sendiri, akhirnya terjebak pula dengan bisnes Shaklee ini dan alhamdulillah.. Dapat juga merasa bonus setiap pertengahan bulan hasil sharing kebaikan produk dengan orang yang memerlukan. Di awal penglibatan memang saya tidak pandai untuk manage masa, sehingga suami pun jeles dan merasa terabai.. Namun, alhamdulillah, sekarang suami sidah makin memahami saya, kerana Shaklee sedikit sebanyak berjaya membantu ekonomi keluarga saya. 


 Gambar diatas diambil semasa Shaklee National Conference pada bulan June 2014. Dan inshaa Allah saya akan teruskan usaha dalam Shaklee ini sehingga  berjaya. Terima kasih buat suami yang tidak pernah menghalang saya meneruskan niat ini. Dan terima kasih buat sahabat baik saya Maisarah Md Saupi iaitu pengasas OMS Group yang sentiasa memberi pertolongan tanpa henti. 

Sekiranya anda pun ingin sama JATUH CINTA dengan Shaklee, jangan segan untuk menghubungi saya dengan hanya pendaftaran RM 65 sahaja. Anda turut berpeluang mendapat Pendaftaran PERCUMA juga jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

Dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar Sah Shaklee anda:
Nama: Nor Azura Abdul Rahman

SID: 927507
No.tel: 013-252 1753 (sms/whatsap)
FB Personal: Azura Rahman
FB Page: Vitamin Chantek Online
COD : Rawang & Kota Damansara (Sunway Giza Mall/The Strand/Giant)