PENGEDAR SHAKLEE

Friday 29 August 2014

Penyakit Buasir Semasa Mengandung

Tempoh hamil adalah merupakan ujian yang besar buat ibu-ibu diluar sana. Masalah yang biasa kita dengar adalah seperti loya , pening, muntah-muntah, tiada selera makan dan sebagainya.
Namun begitu, hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan masalah buasir semasa hamil. Pasti ada yang pernah mengalaminya dan lebih tahu perasaan ini.

Buasir memang mudah menyerang wanita hamil apatah lagi jika sebelum hamil, anda memang sudah memiliki gejala penyakit ini atau yang disebabkan oleh faktor genetik. Masalah buasir mudah berlaku pada wanita hamil kerana faktor perubahan hormon yang menyebabkan pembengkakan pembuluh darah ditambah dengan pertambahan berat badan dan pembesaran janin.

Keadaan ini biasanya dikategorikan dalam skala ringan, sederhana hinggalah tahap serius bermula daripada hanya sekadar gatal hinggalah menimbulkan kesakitan yang luar biasa dan pendarahan pada dubur setiap kali membuang air besar. Malah, pada kes buasir yang serius, ibu hamil akan berasa sakit pada setiap pergerakan termasuk juga sewaktu duduk. Keadaan bertambah parah setiap kali mahu membuang air besar.

 Bagaimana Cara Untuk Mencegah Dan Mengurangkan Masalah Buasir Semasa Hamil?

 Minum Banyak Air
Air yang banyak akan mengurangkan risiko sukar membuang air besar atau sembelit dan mengelakkan najis menjadi keras yang boleh melukakan pembuluh darah pada anus sewaktu ia dikeluarkan. Selain itu, banyakkan pengambilan makanan berserat seperti buah dan sayur agar najis lebih lembut dan mudah keluar sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang boleh menyebabkan buasir.

Hindari Posisi Sama
Hindari berada dalam sesuatu posisi untuk tempoh yang lama. Contohnya jangan duduk atau berdiri terlalu lama kerana ia akan meningkatkan ketegangan pada otot pinggul hingga ke bawah.

Panas Atau Sejuk
Ketika dubur terasa gatal, pedih dan sakit, gunakan kain sama ada direndam dalam air suam atau bungkuskan dengan ais dan tekapkan di bahagian tersebut untuk mengurangkan rasa sakit. Jika dubur terasa sakit selepas buang air besar, basuhlah perlahan-lahan menggunakan air suam dan keringkan dengan kain lembut.

Latih Otot
Latih otot pinggul dengan senaman regangan untuk membantu melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan penyumbatan yang boleh menyebabkan pendarahan pada anus.

Ubat
Jika masalah buasir tidak dapat diatasi dengan gaya pemakanan dan amalan sihat, cuba gunakan ubat-ubatan yang membantu mengatasi masalah buasir. Namun, dapatkan terlebih dahulu nasihat doktor apakah ubat itu selamat atau tidak untuk digunakan. Lebih sesuai jika anda gunakan ubat jenis yang disapu terus pada anus berbanding yang dimakan.

Antara cadangan suplemen yang sesuai untuk ibu hamil yang mengalami masalah ini adalah:
1) Ostematrix- kandungan kalsium dan magnesium membantu pergerakan usus dan sterusnya mencegah sembelit
2) Omega Guard- membantu dengan menyurutkan bengkak akibat tekanan ke atas otot dubur dan kawasan sekitarnya ( disyorkan hanya diperingkat bulan ke 3 - 7 kehamilan sahaja)
3) Zink - membantu mempercepatkan penyembuhan luka jika buasir berdarah.


Jika ada yang berminat dengan produk shaklee boleh hubungi saya dan untuk area bandar lama rawang akan ada cash on delivery. Sebarang pertanyaan atau cadangan untuk sebarang vitamin yang bersesuaian dengan anda boleh segera sms/whatsap saya ye.

Dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar Sah Shaklee anda:
Nama: Nor Azura Abdul Rahman

SID: 927507
No.tel: 013-252 1753 (sms/whatsap)
FB Personal: Azura Rahman
FB Page: Vitamin Chantek Online
COD : Rawang & Kota Damansara (Sunway Giza Mall/The Strand/Giant)