PENGEDAR SHAKLEE

Sunday 6 November 2016

Rawatan Batuk Berkahak Bayi

Bismillah...
Berpantang kali ni saya agak diuji dengan pelbagai masalah kesihatan baby Aisha Sufiyyah. Jika diawal lahir dimasukkan hospital kerana demam. Namun sekarang belum genap sebulan baby sudah mula batuk berkahak. Macam mana nak elak dari batuk berkahak ni jika abang dan kakak sibuk dok cium sikecil. Pantang datang dekat je pasti setiap orang akan cium baby. So, dari situ la mula berjangkit bakteria penyebab batuk berkahak ni. Namun alhamdulillah, hasil daripada menggunakan minyak bawang putih  ni batuk berkahak pulih dalam masa kurang dari 4 hari. Syukur sangat pada Allah. 

Jadi, untuk entry hari ni saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu tentang cara penyediaan minyak bawang putih bagi merawat batuk berkahak. Caranya cukup mudah dan simple. 
1. Ambil seulas bawang putih dan cucuk digarfu (tanpa membuang kulit bawang tersebut).
2. Bakar bawang tersebut diatas api dapur gas, buka api slow je ye, dlm masa lebih kurang 1 minit. 
3. Buang kulit bawang yang dah hitam terbakar tu, kemudian ketuk bawang tersebut ataupun potong macam dalam gambar).
4. Masukkan minyak zaitun kedalam bawang dan siap. Minyak bawang putih siap untuk disapu dibadan bayi.



Bila minyak tersebut dan siap, ibu-ibu boleh sapu dibadan bayi sekurang-kurangnya 2 kali setiap hari. Macam yang saya praktikkan baru ni, setiap kali lps mandi pagi dan petang saya akan sapu dan malam sebelum tidur pun saya turut sapu minyak tersebut dibelakang, dada,betis dan tapak kaki bayi.



Selain itu,ibu juga boleh tingkatkan imun badan bayi melalui pengambilan vitamin C. Semasa bayi batuk, saya tambahkan pengambilan vitamin ini. Jika biasanya 2 biji sehari, saya tambah kepada 4 biji. Setiap selang 5 jam saya telan sebiji (pagi,tengahari, petang dan malam). Saya tak perlu risau kerana vitamin C shaklee bersifat pelepasan masa dalam 5 jam. Sebotol ada 180 biji dan tahan sehingga 3 bulan jika diambil 2 biji setiap hari. 

Ingin dapatkan vitamin  ini secara COD jika anda berada di area rawang? Ini kerana saya adalah pengedar shaklee area rawang.
Untuk maklumat lanjut hubungi saya di talian 013-252 1753

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.







No comments:

Post a Comment