Topik ini cukup menarik bila saya terbaca dari blog Dr.Zubaidi tadi. Sekadar perkongsian saya dengan bakal-bakal ibu diluar sana. Hakikatnya, diawal kehamilan dulu saya pun agak kerap mengambil mee segera ini. Ini kerana disaat awal kehamilan adalah saat yang cukup menguji ibu hamil. Setiap makanan yang ditelan sudah pasti akan dikeluarkan jika tidak dapat memnuhi keinginan. Saat loya serta tidak dapat makan menyebabkan badan ibu menjadi sangat lemah. Masih saya ingat, dalam bulan 3 baru2 ini saya hanya dapat menelan maggi saja. Jika telan nasi mesti akan termuntah balik. So, sebab lapar saya telan la maggi tomyam..
Namun pagi ni hati saya terdetik untuk berkongsi dengan anda semua apabila saya terbaca satu artikel dari blog ni. Rupa-rupanya maggi ini tidak elok untuk dimakan oleh ibu hamil. Tengok memang nampak berselera, tapi kesannya jika tidak diingatkan atau diberitahu tiada siapa yang tahu kan??
Mengikut apa yang saya baca, jika ibu hamil ini sentiasa makan mee segera, yang terlalu kerap boleh membawa risiko kepada keguguran juga. Jadi, kalau boleh elakkan lah pengambilan mee segera ini jika sayangkan bayi didalam kandungan anda. Proses pertumbuhan janin juga akan terganggu kesan daripada makan mee segera ini.. Jom kita sama-sama kongsi info yang berguna ini.
Kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun juga akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. So, setiap ibu bapa harus monitor anak-anak yang suka makan mee segera ini. Pesanan ini buka sahaja untuk pembaca, tetapi sangat bermanfaat buat diri saya sendiri kerana anak saya sememangnya hantu maggi. Umurnya baru sahaja 3 tahun. Tetapi, kalau kt rumah tu, nampak ke maggi mesti dia suruh saya masak untuk dia.Huhu..
So ingatan untuk mama la ni ye.. Pasni bila beli maggi tu mesti kena sorok dari Icla la ni..
Jika ada yang berminat dengan produk shaklee boleh hubungi saya dan
untuk area bandar lama rawang akan ada cash on delivery. Sebarang
pertanyaan atau cadangan untuk sebarang vitamin yang bersesuaian dengan
anda boleh segera sms/whatsap saya ye.
Dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar Sah Shaklee anda:
Nama: Nor Azura Abdul Rahman
SID: 927507
No.tel: 013-252 1753 (sms/whatsap)
FB Personal: Azura Rahman
FB Page: Vitamin Chantek Online
COD : Rawang & Kota Damansara (Sunway Giza Mall/The Strand/Giant)
No comments:
Post a Comment