PENGEDAR SHAKLEE

Tuesday, 16 August 2016

Sakit Pinggang Semasa Hamil

Assalamualaikum...
Syukur masih diberi pinjaman nyawa untuk meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah dibumi Allah...
Saya doakan pembaca blog ini sentiasa dimurahkan rezki dan mendapat rahmat dari Allah.
Sedikit perkongsian buat ibu-ibu hamil yang ada masalah sakit pinggang semasa hamil. Dan biasanya masalah ini akan makin serius disaat kita sarat mengandung...
Itulah yg saya rasa dan itulah yg saya ingin kongsi pengalaman dgn ibu2 semua...
Saya amalkan mengambil suplemen ostematrix sebanyak 4 biji sebelum tido.. Dan alhamdulillah... kesannya memang berbeza..
Bukan setakat sakit pinggang...tetapi masalah sakit dibahagian paha dan sukar utk berjalan juga berkurang..
Semoga perkongsian ini menjadi imu yg bermanfaat buat bakal2 ibu diluar sana.
Anda boleh cuba dulu ostematrix dgn harga yg memang murah dan berbaloi.
Pengedar Shaklee Yang Sah
NOR AZURA ABDUL RAHMAN
SID: 927507
SMS/WHATSAP: 013-252 1753

Sakit Pinggang Semasa Hamil

Assalamualaikum...
Syukur masih diberi pinjaman nyawa untuk meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah dibumi Allah...
Saya doakan pembaca blog ini sentiasa dimurahkan rezki dan mendapat rahmat dari Allah.
Sedikit perkongsian buat ibu-ibu hamil yang ada masalah sakit pinggang semasa hamil. Dan biasanya masalah ini akan makin serius disaat kita sarat mengandung...
Itulah yg saya rasa dan itulah yg saya ingin kongsi pengalaman dgn ibu2 semua...
Saya amalkan mengambil suplemen ostematrix sebanyak 4 biji sebelum tido.. Dan alhamdulillah... kesannya memang berbeza..
Bukan setakat sakit pinggang...tetapi masalah sakit dibahagian paha dan sukar utk berjalan juga berkurang..
Semoga perkongsian ini menjadi imu yg bermanfaat buat bakal2 ibu diluar sana.
Anda boleh cuba dulu ostematrix dgn harga yg memang murah dan berbaloi.
Pengedar Shaklee Yang Sah
NOR AZURA ABDUL RAHMAN
SID: 927507
SMS/WHATSAP: 013-252 1753

Atasi masalah sembelit semasa hamil

Assalamualaikum...
Ramai yang diluar sana mengalami masalah seperti saya?
Ibu mengandung memang tidak dapat lari dari masalah sembelit ni.
Saya syorkan sangat ambil 4 biji vitamin ostematrix sebelum tido.
InshaaAllah, esok akan lawas semasa membuang.
Jangan sampai terpaksa habiskan masa yang lama ditandas, tetapi cubalah amalkan pengambilan vitamin ni.




Berminat untuk membeli dengan saya boleh segera whatsap 013-252 1753.

Pengedar shaklee yang sah.
SID 927507
Nor Azura Abdul Rahman

Tuesday, 7 October 2014

Jelesnye Suami Bila Saya JATUH CINTA Sekali Lagi??/

Assalamualaikum...
Selamat datang, semoga pembaca blog saya sentiasa dimurahkan rezki dan dan diberi nikmat kesihatan untuk terus beribadat kepadaNya..

Jom baca coretan hati kisah cinta saya.
Awal mengenali Encik Suami pada bulan Ogos 2006, dan saat ini langsung tidak pernah menyangka dia adalah jodoh yang Allah tetapkan untuk saya. Maklumla, cinta satu tempat kerja katakan. Dari gurauan dan selalu keluar bersama kawan2 ofis, akhirnya cinta kami berputik tanpa kami sedari. Inilah yang dinamakan cinta. Pada awalnya hanya sebagai kawan, namun akhirnya kekerapan menghabiskan masa bersama-sama membuahkan bibit kasih sayang dan akhirnya selepas 4 tahun berkawan pada 4 Jun 2010 kami berdua selamat diijabkabulkan.


Sekarang usia perkahwinan kami genap 4 tahun 4 bulan, dan alhamdulillah sudah memiliki sepasang cahaya mata yang sangat bermakna buat kami. Dan tak lama lagi, inshaa Allah dlm bulan ini saya bakal melahirkan seorang lagi zuriat untuk menyerikan dan memeriahkan lagi kehidupan kami. Semoga kami sekeluarga akan kekal bahagia dan dapat mendidik amanah Allah ini menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Kenapa saya katakan suami Jealous bila saya Jatuh CINTA sekali lagi??
You all setuju tak jika saya katakan bila kita ada bersama suami tapi fikiran kita asyik melayang ketempat lain dan tersenyum sorang2 sambil mengadap handphone sehingga menyebabkan suami mula berasa tidak selesa?? Mengadap facebook dan whatsap sehingga kadang2 membuatkan ada insan yang berkecil hati?? Inilah penangan diawal saya JATUH CINTA dengan SHAKLEE!!!

Saya mula mengenali Shaklee ini pada hujung 2012 semasa tgh mengalami masalah HB low ketika mengandung anak yang kedua iaitu Muhammad Aqil Rafiuddin. Mungkin juga disebabkan jarak kehamilan yang dekat antara Aqil dan Icha menyebabkan badan saya pada masa itu tidak dapat pulih sepenuhnya dan menyebabkan masalah ini. So, atas cadangan dari sahabat baik saya Maisarah yang memperkenalkan Vitalea Iron Formula ini akhirnya telah membantu saya menaikkan HB darah sehinggalah disaat hujung2 kehamilan... Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana ditemukan dengan Shaklee..

Dan bermula dari sini, saya terus membeli set berpantang Shaklee ini dari kawan baik saya, dan akhirnya pada April 2013 saya mula mendaftar sebagai SID SHAKLEE. Bermula dengan hanya beli untuk diri sendiri, akhirnya terjebak pula dengan bisnes Shaklee ini dan alhamdulillah.. Dapat juga merasa bonus setiap pertengahan bulan hasil sharing kebaikan produk dengan orang yang memerlukan. Di awal penglibatan memang saya tidak pandai untuk manage masa, sehingga suami pun jeles dan merasa terabai.. Namun, alhamdulillah, sekarang suami sidah makin memahami saya, kerana Shaklee sedikit sebanyak berjaya membantu ekonomi keluarga saya. 


 Gambar diatas diambil semasa Shaklee National Conference pada bulan June 2014. Dan inshaa Allah saya akan teruskan usaha dalam Shaklee ini sehingga  berjaya. Terima kasih buat suami yang tidak pernah menghalang saya meneruskan niat ini. Dan terima kasih buat sahabat baik saya Maisarah Md Saupi iaitu pengasas OMS Group yang sentiasa memberi pertolongan tanpa henti. 

Sekiranya anda pun ingin sama JATUH CINTA dengan Shaklee, jangan segan untuk menghubungi saya dengan hanya pendaftaran RM 65 sahaja. Anda turut berpeluang mendapat Pendaftaran PERCUMA juga jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

Dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar Sah Shaklee anda:
Nama: Nor Azura Abdul Rahman

SID: 927507
No.tel: 013-252 1753 (sms/whatsap)
FB Personal: Azura Rahman
FB Page: Vitamin Chantek Online
COD : Rawang & Kota Damansara (Sunway Giza Mall/The Strand/Giant)



Monday, 29 September 2014

Jom Atasi Masalah Sakit Pinggang Semasa Hamil

Assalamualaikum,
Semoga pengunjung blog saya akan sentiasa murah rezki, mendapat perlindungan dariNya dan dikurniakan nikmat sihat untuk terus beribadat kepada Allah S.W.T.

Jom hari ni saya ingin kongsikan dengan anda semua berkenaan pengalaman saya yang mengalami masalah sakit pinggang semasa hamil. Awal kehamilan rasanya masalah ini takdela teruk sangat. Dulu, sebelum saya jumpa penawar kepada sakit pinggang ini saya ingatkan ini adalah masalah yang setiap ibu akan alami. So dulu jika sakit pinggang semasa hamil anak yang pertama dan kedua saya hanya menahan sakit dan tak pernah mengkaji kenapa ini boleh berlaku.
Namun begitu, semenjak saya berjinak-jinak dengan pengambilan suplemen kesihatan ini, alhamdulillah, banyak info sihat yang saya telah pelajari. Sejak awal mengandung anak ketiga lagi saya sentiasa google info tentang ilmu kesihatan ini dan dari awal lagi saya telah konsisten mengambil suplemen shaklee. Ok, berbalik kepada masalah sakit pinggang ni ye.. Lebih kurang 2 minggu saya kehabisan bekalan ostematrix. Nak g beli kat branch pun memang tak sempat sebab saya memang bekerja dan jarak tempat kerja tu agak jauh untuk ke branch shaklee. So setiap malam semasa tidur saya perasan yang sakit pinggang saya ni makin menjadi-jadi. Nak pusing kiri kanan tu memang sangat menyeksakan. Saya ingat usia kandungan dah lebih 8 bulan ni adalah normal sakit macam ni. Dan saya dok mengadu juga kat suami yang saya rasa due saya ni dh tak lama sebab asyik sakit je bahagian pinggang. Ada jugak terpikir maybe sebab dah masuk anak ketiga ni memang badan kita akan rasa sakit2 macam ni.
ostematrix shaklee


Tapi, semalam lepas saya beli ostematrix ni, sebelum tido saya telan 4 biji ostematrix sambil berharap semoga ada perubahan akan berlaku. Dah ada banyak testimoni yang saya baca mengatakan ostematrix ni memang bagus untuk hilangkan lenguh-lenguh dan sakit pinggang juga, namun saya sendiri belum pernah merasai apa yang orang perkatakan ini.. Dan, alhamdulillah, magic dari Allah dan atas izinNya, pagi tadi bila tersedar dari tidur saya pusing kiri dan kanan tu dah rasa ringan.. Subhanallah, rasa syukur yang amat sangat kerana ostematrix ni memang memang membantu. Alang-alang dah bangun kul 5 pagi tu sempatla bertahajud cinta sekejap.. Semua penyakit datang daripadaNya, namun kita harus berusaha mencari penawar.
Apa yang saya kongsikan disini adalah khusus untuk pembaca yang ada masalah seperti saya. Ibu-ibu jangan biarkan sakit pinggang berlarutan ye. Cubalah ostematrix ini dan inshaa Allah anda pasti akan rasai perubahannya.

Dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar Sah Shaklee anda:
Nama: Nor Azura Abdul Rahman

SID: 927507
No.tel: 013-252 1753 (sms/whatsap)
FB Personal: Azura Rahman
FB Page: Vitamin Chantek Online
COD : Rawang & Kota Damansara (Sunway Giza Mall/The Strand/Giant)


Saturday, 27 September 2014

Tanda - Tanda Bersalin

Assalamualaikum..
Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan didalam rahmatNya serta mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Jom hari ini saya ingin kongsi dengan anda semua tentang tanda-tanda yang biasa setiap ibu akan rasa disaat ingin melahirkan.
Mengikut pengalaman sendiri, alhamdulillah untuk anak yang pertama dan kedua saya mengalami tanda-tanda ini hanya dalam masa beberapa jam sahaja.
Semasa anak pertama saya masih belum ada pengalaman lagi dan merasa ingin kencing yang agak kerap dari tgh malam. Selepas subuh barula kontraksi makin kerap berlaku dan ibu saya menerangkan bahawa itu adalah tanda-tanda saya ingin bersalin.
Dan sebaik sahaja saya dibawa kehospital terus dimasukkan ke dewan bersalin iaitu dalam pukul 12.45 tengah hari, dan alhamdulillah dalam pukul 2.22 petang puteri sulung saya dilahirkan.
Perasaan awal bergelar ibu adalah saat-saat yang tidak dapat digambarkan.
Jadi, anak kedua pun saya sudah ada pengalaman dan sudah tahu tanda-tandanya.
Semoga bulan depan untuk kelahiran baby yang ke 3 ini akan Allah permudahkan juga.

Dibawah ini ada sedikit info yang saya ambil untuk di kongsi bersama pembaca semua. Jom ibu2 tambahkan ilmu didada dengan info berguna ini.

 

Tanda-Tanda Bersalin


Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Kebanyakan tanda-tanda diatas adalah sama dengan pengalaman saya melahirkan dua cahaya mata.
Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk pembaca semua.

Berminat untuk mendapatkan set berpantang Shaklee juga anda boleh hubungi saya dan dapatkan dengan harga yang istimewa.

 Dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar Sah Shaklee anda:
Nama: Nor Azura Abdul Rahman

SID: 927507
No.tel: 013-252 1753 (sms/whatsap)
FB Personal: Azura Rahman
FB Page: Vitamin Chantek Online
COD : Rawang & Kota Damansara (Sunway Giza Mall/The Strand/Giant)

Friday, 26 September 2014

Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum dan selamat datang.
Semoga kita semua akan sentiasa dimurahkan rezeki, dilindungi Allah dan diberi nikmat serta kekuatan keimanan untuk terus beribadat kepada Nya.
Sekarang kandungan saya dah lebih 8 bulan dan rasa teruja sangat untuk melahirkan anak yang ketiga ini. Semoga niat untuk berikan penyusuan susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun akan Allah permudahkan.. Amin..

Jom kita baca sedikit info yang berguna buat ibu.



Bayi (0-6m)

  • Susukan bayi anda sebaik sahaja menerimanya. Inilah masanya untuk bayi anda belajar latching buat kali pertama. 
  • Di awal kelahiran antara tempoh 0-5hari bayi biasanya menerima kolustrum iaitu susu likat berwarna kuning sebagai antibodi. Jangan panik jika tidak keluar susu putih seperti ibu yang telah sedia menyusu kerana ianya normal dan ianya mencukupi untuk bayi anda. Kolustrum yang dikeluarkan hasil marmet iaitu perahan tangan atau hasil pam hendaklah dihabiskan oleh bayi. Jangan buang! Suap gunakan sudu ke mulut bayi.
  • Kejutkan bayi anda dari tidur setiap 2jam. Ianya juga penting untuk membantu bayi kekal aktif dan dapat melawan jaundis sekiranya ada.
  • Selepas pengeluaran kolustrum selesai, barulah susu putih akan keluar dalam bentuk hindmilk dan foremilk. Hindmilk lebih pekat dan berlemak berbanding foremilk.
  • Harus diingatkan, bayi menangis bukan kerana dia kelaparan sahaja tapi kerana faktor lain seperti penyesuaian diri dan mungkin juga sakit tali pusat yang sedang mengecut. Pada masa ini ibu dan bayi masih sama-sama belajar untuk menyusukan dan disusukan. Pastikan ibu dan bayi berada pada posisi yang betul untuk mengelakkan kemelecetan. 
  • Stok susu bagi ibu yang akan bekerja boleh mula disimpan sebaik sahaja susu putih telah keluar. Eloklah sekiranya tidak dibazirkan begitu sahaja terutamanya jika ibu akan bekerja.
  • Dalam tempoh ini juga, para ibu dinasihati untuk kekal menyusu secara eksklusif (exclusive breastfeeding, EBF) iaitu bayi hanya minum susu ibu semata-mata tanpa perlu diberi air masak atau makanan tambahan lain seperti nestum atau air nasi. Ini kerana usus bayi masih lembut dan masih belum dapat menerima sebarang cecair atau pepejal lain. Ada kes kematian bayi berlaku disebabkan usus pecah. Nauzubillah!
  • Mengenai terma EBF, bayi yang diberi makan ubat tidaklah terbatal EBF nya kerana ubat tersebut tidaklah sampai ke tahap mengenyangkan. Sebaiknya, minimumkan pemberian ubat atau jangan beri langsung kepada bayi. Susu ibu sudah mencukupi dengan 1001 kebaikan yang ada padanya.
  • Sekiranya bayi EBF tidak berak selama 14 hari tetapi masih buang angin and sendawa seperti biasa, jangan panik! Ianya adalah situasi normal yang akan berlaku. Urutan I love u dapat membantu memberi keselesaan kepada bayi. Sekali lagi, air masak tidak perlu diberikan. Sekiranya bayi anda EBF, bawalah berjumpa doktor.

  • Godaan dan cadangan dari orang keliling yang telah makan garam dahulu mungkin boleh menyebabkan para ibu terpengaruh. Tapi fikirkanlah sedalam-dalamnya tentang kebaikan susu ibu demi masa depan anak yang telah anda kandung dan jaga sebaiknya ketika hamil. Ramai yang telah berjaya menyuskan selama 2tahun.
  • Pengeluaran air liur yang terlalu banyak atau tindakan memasukkan jari bayi ke dalam mulut BUKAN tanda bayi anda kelaparan. Begitu juga pandangan matanya ketika anda sedang makan. Sebaliknya, pengeluaran air liur tersebut membantu bayi untuk pertuturan di masa akan datang dan juga membantu bayi bereksperimentasi dengan anggota badannya yang lain.
  • Para ibu dinasihatkan untuk minum air panas yang disuamkan dalam tempoh 3-5minit sekurang-kurangnya secawan setiap satu jam. Elakkan ais terutamanya untuk 3bulan pertama dan teruskan jika anda yakin ianya tidak mengganggu production susu.
  • Bagi ibu yang telah mula bekerja, pastikan anda konsisten mengepam sekurang-kurangnya 3kali sepanjang masa bekerja dan konsisten membuat stok susu pada sebelah malamnya sambil tandem nursing bayi anda. Teruskan power pumping selama 2tahun supaya risiko low production dapat dikurangkan.
Berminat untuk mendapatkan set penyusuan shaklee boleh hubungi saya:

set menyusu shaklee


Selepas pembayaran dibuat harus maklumkan segera kepada saya bagi mempercepatkan urusan penghantaran barang.
Sebarang pertanyaan atau cadangan untuk sebarang vitamin yang bersesuaian dengan anda boleh segera sms/whatsap saya ye.

Dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar Sah Shaklee anda:
Nama: Nor Azura Abdul Rahman

SID: 927507
No.tel: 013-252 1753 (sms/whatsap)
FB Personal: Azura Rahman
FB Page: Vitamin Chantek Online
COD : Rawang & Kota Damansara (Sunway Giza Mall/The Strand/Giant)