PENGEDAR SHAKLEE

Saturday, 27 September 2014

Tanda - Tanda Bersalin

Assalamualaikum..
Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan didalam rahmatNya serta mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Jom hari ini saya ingin kongsi dengan anda semua tentang tanda-tanda yang biasa setiap ibu akan rasa disaat ingin melahirkan.
Mengikut pengalaman sendiri, alhamdulillah untuk anak yang pertama dan kedua saya mengalami tanda-tanda ini hanya dalam masa beberapa jam sahaja.
Semasa anak pertama saya masih belum ada pengalaman lagi dan merasa ingin kencing yang agak kerap dari tgh malam. Selepas subuh barula kontraksi makin kerap berlaku dan ibu saya menerangkan bahawa itu adalah tanda-tanda saya ingin bersalin.
Dan sebaik sahaja saya dibawa kehospital terus dimasukkan ke dewan bersalin iaitu dalam pukul 12.45 tengah hari, dan alhamdulillah dalam pukul 2.22 petang puteri sulung saya dilahirkan.
Perasaan awal bergelar ibu adalah saat-saat yang tidak dapat digambarkan.
Jadi, anak kedua pun saya sudah ada pengalaman dan sudah tahu tanda-tandanya.
Semoga bulan depan untuk kelahiran baby yang ke 3 ini akan Allah permudahkan juga.

Dibawah ini ada sedikit info yang saya ambil untuk di kongsi bersama pembaca semua. Jom ibu2 tambahkan ilmu didada dengan info berguna ini.

 

Tanda-Tanda Bersalin


Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Kebanyakan tanda-tanda diatas adalah sama dengan pengalaman saya melahirkan dua cahaya mata.
Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk pembaca semua.

Berminat untuk mendapatkan set berpantang Shaklee juga anda boleh hubungi saya dan dapatkan dengan harga yang istimewa.

 Dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar Sah Shaklee anda:
Nama: Nor Azura Abdul Rahman

SID: 927507
No.tel: 013-252 1753 (sms/whatsap)
FB Personal: Azura Rahman
FB Page: Vitamin Chantek Online
COD : Rawang & Kota Damansara (Sunway Giza Mall/The Strand/Giant)

No comments:

Post a Comment